SELAMAT JALAN ISTERIKU, UMI MEMANG LAYAK DIGELAR SYUHADA, DAMAILAH DIKAU DISANA
#Di bawah adalah luahan sayu dari suami kepada Allahyarham Siti Nuroshlizan Zulkifli, antara jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam tragedi kren runtuh di Mekah.
#Luahan itu ditulis oleh suami beliau di laman Facebook isterinya, Umi Basheer, yang nyata menyentuh hati ramai netizen. Di kesempatan itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga Allahyarham Siti Nuroshlizan agar tabah dengan apa yang terjadi.
#Umat Islam di seluruh dunia begitu terkejut dengan kemalangan yang berlaku di Masjidil Haram baru-baru ini. Kejadian kren yang tumbang dan terjatuh menimpa ratusan jemaah yang berada di Masjidil Haram ketika berlakunya ribut pasir yang begitu kencang.
#Setakat ini pihak Tabung Haji telah mengesahkan seramai 5 orang mangsa maut dari Malaysia termasuklah Allahyarham Siti Nuroshlizan Zulkifli.
#Sebagai seorang suami yang begitu terasa akan kehilangan isterinya yang tercinta, beliau telah menulis Facebook milik isterinya, Umi Basheer, yang membuat ramai netizen merasakan begitu tersentuh hati dan berkongsi kesedihan yang dirasai oleh keluarga Allahyarham.
#16 tahun masa kita bersama. Bukanlah mudah bahtera kehidupan yang kita bina bersama-sama dilayari. Pelbagai dugaan dan cabaran yang kita tempuhi bersama-sama.
#16 tahun masa kita bersama, Umi sentiasa tabah dan sabar melayani pelbagai ragam dan perangai abah. Tidak sekelumit pun hilang kesetiaan Umi pada abah.
#16 tahun masa kita bersama, kini Umi telah pergi buat selama-lamanya. Tiada orang yang paling bertuah di dunia ini abah rasakan selain daripada abah mempunyai seorang isteri yang solehah seperti Umi.
#Kini, kami kehilangan sesuatu yang amat besar dalam kehidupan kami. Tetapi takdir tuhan mengatasi segalanya dan kami seikhlas hati redha dengan ketentuanNya dan bersyukur perginya Umi sebagai seorang syuhada.
#InshaAllah, abah akan penuhi hajat yang sentiasa Umi luahkan.
#Anak-anak abah akan isi dengan ilmu akhirat yang secukup-cukupnya.
#Biarlah suatu hari nanti anak-anak kita akan bergelar hafiz dan hafizah.
#Moga-moga abah, kakak, adik dan Eiman dapat bertemu kembali dengan Umi di Sana nanti.
#Abah halalkan dan ampunkan segala dosa-dosa Umi.
#Umi bagaikan kain putih bersih dan bagaikan bayi yang baru lahir bagi abah.
#Abah redha dengan segala-galanya. Damailah Umi di sana. Umi memang layak digelar syuhada. - Suami
#Ucapan takziah kami ucapkan dan Al-fatihah buat Allahyarham Cikgu Siti
Nuroshlizan Zulkifli. - facebook Umi Basheer
0 Response to "Luahan Suami Mangsa Tragedi Runtuhan Kren Yang Meruntun Hati "
Post a Comment