#Apabila Pakcik tahu daripada Pakcik Amalludin bahawa budak berbaju hijau itu adalah anakanda sendiri, anak bongsu kepada almarhumah ummi.
#Di usia 5 tahun juga, Pakcik kehilangan ibunda Pakcik.
#Ya, sama, 5 tahun juga. Pakcik juga anak bongsu.
#Pakcik lihat jam di tangan pembelian ibu, sudah jam 10 malam. Terlihat lori kecil datang untuk membawa jenazah ibu Pakcik untuk dikebumikan. Peristiwa itu pada 16 Mac 1988.
#Waktu itu tiada apa-apa perasaan lagi. Sambil menggalas beg gambar Mickey Mouse warna biru, Pakcik hanya diam sahaja melihat. Sejak itu, bermula hidup Pakcik tanpa ibu.
#Berikut adalah perkara yang anakanda akan hadapi dan cara mengatasinya, mungkin nampak senang, tetapi bagi usia 5 tahun. Ia amat susah:
#1. Mesti mula belajar gosok gigi sendiri. Minta dengan abah atau sesiapa belikan berus gigi. Andai anakanda sakit gigi, ummi tidak ada di sisi.
#Walaupun ada abah, ibu saudara atau kakak. Mereka tidak sesabar ummi. Mereka tidak boleh faham apa kita rasa. Naluri ibu sangat berbeza.
#2. Andai adik tidak suka makan sayur. Mesti mula belajar makan sayur. Jangan sesekali susahkan orang lain. Mulakan dengan kobis atau karot. Pakcik dulu mula dengan makan kobis. Manis rasanya.
#3. Belajar lihat jam. Belajar guna masa. Ikut masa. Mintalah sesiapa belikan jam bernombor harga 5 ringgit. Jam Pakcik dulu 2 ringgit.
#4. Cepat-cepat belajar ABC dan membaca. Kita mesti bergerak atas kaki sendiri. Abang kakak ada matlamat hidup masing-masing.
#Apabila kita besar, kita yang tentukan matlamat hidup kita. Ummi tidak ada untuk memahami perasaan dan jiwa kita. Abah mungkin sibuk mencari rezeki.
#5. Pakcik juga anak bongsu. Anak bongsu kuat menangis. Mulai sekarang berhenti menangis tanpa sebab.
#Sakit sikit terkena pisau, atau terkepit pintu, mesti tahan. Minta ubat. Ketap gigi kuat-kuat, biarkan sakit itu hilang sendiri. Pakcik dulu pernah meragam, ia menyusahkan ramai orang.
#6. Belajar dengan memerhati. Usah gopoh. Lihat dengan teliti, lihat berkali-kali dan belajar buat sendiri.
#7. Anakanda suka tengok TV bukan? Apabila terdengar sahaja orang minta tutup TV. Terus tutup, ikut peraturan. Tiada sesiapa yang boleh layan kerenah kita.
#8. Jangan sesekali meminta-minta. Jangan minta duit raya, jangan minta mainan atau apa sahaja.
#9. Belajar buat sendiri tanpa disuruh-suruh. Ikut masa yang ditetapkan. Waktu mandi, waktu makan dan sebagainya.
#10. Jangan suka bersaing. Jangan cuba berlawan dengan sesiapa. Belajarlah berkawan-kawan. Mainan orang kita lihat sahaja. Jangan sentuh. Apabila dipelawa barulah main sama-sama.
Tuan Amalludin Zolkifli
Dari FB Ahmad Saifuddin Yusof
0 Response to "Coretan Hati Dari Rakan FB Buat Anak Kecil Almarhumah Siti Nurolshlizan Zolkifli, Mangsa Kren Di Masjidil Haram"
Post a Comment