FEMEN (gerakan wanita syaitan)






Femen ditulis sebagai FEMEN; dalam bahasa UKRAINE ditulis Фемен adalah kumpulan gerakan wanita protes ekshibisionis feminis yang didirikan pada tahun 2008 di Ukraine. Kelompok ini sekarang berpusat  di Paris. Organisasi ini ditubuhkan untuk mengetengahkan hal-hal yang kontroversi. Kumpulan ini membuat protes dangan menggunakan cara 'bogel dan menconteng tulisan pada tubuh mereka' simbolik untuk menentang perilaku seks, agama, politik, dan topik sosial, nasional dan internasional dan sebagainya. Pada Oktober 2013 pertubuhan FEMEN memiliki keanggotaan yang terbesar di Perancis. (30 aktivis tempatan pada Januari 2013). Pada Oktober 2012 organisasi ini dianggarkan memiliki sekitar 40 ahli di Ukraine, dan 100 lain yang telah bergabung dengan protes mereka di luar negeri, serta dua puluh ribu ahli lain melalui jejaring sosial Vkontakte.


Pengasas Gerakan Femen, Anna Hutsol.
Pengasas gerakan syaitan ini, Anna Hutsol menubuhkan Femen pada 2008 setelah dia menyedari ramai wanita di Ukraine rela ditipu oleh janji-janji palsu dari luar negeri. "Aku menubuhkan FEMEN kerana aku sedar kurangnya aktivis perempuan dalam masyarakat kita, Ukraine lebih tertumpu kepada lelaki dan wanita mengambil hanya mengambil langkah menerima dari bertindak. Menurut Hutsol idea imej bogel itu diperoleh semasa berbincang dengan Tina Karol iaitu seorang penyanyi yang berasal dari Ukraine. Mereka telah sepakat dalam "hubungan syaitan" FEMEN. Aksi pilihan utama FEMEN adalah demonstrasi tanpa menutup dada. Pada awalnya,kelompok ini mulai memprotes mengenai perilaku seks dan mula memperluas agenda mereka untuk hak-hak wanita dan hak-hak sivil di Ukraine dan di seluruh dunia.


Aktivis yang ditangkap.

Proses menconteng badan aktivis.

Aktivis membuat aksi 'kencing' tanda protes pada pemimpin mereka.

Protes terhadap masyarakat Islam.

Related Posts :

0 Response to "FEMEN (gerakan wanita syaitan)"

Post a Comment