#Seorang penuntut sebuah universiti awam tempatan yang juga merupakan seorang pemimpin pelajar dilaporkan telah dipukul serta disimbah sejenis pewarna di badannya oleh individu yang tidak dikenali pada awal pagi tadi.
#Muhammad Syahir Rahimi Sukri, 22, pelajar tahun tiga dari Fakulti Pengajian Islam universiti berkenaan merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa di pusat pengajian berkenaan.
#Memetik laporan Malaysiakini, rakannya mangsa Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan mengesahkan satu laporan polis telah dibuat pagi ini berhubung kejadian itu.
#Beliau telah diserang di kolej kediamannya kira-kira pukul 4 pagi tadi di mana selain dipukul dan disimbah pewarna, mangsa juga telah ditoreh di bahagian kepala dan badan.
#Kejadian berlaku ketika pemimpin pelajar berkenaan mengambil giliran untuk menjaga poster-poster yang ditampal sempena pilihan raya kampus.
#Selepas diserang, pelajar itu kemudiannya di bawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.
#Memetik laman facebook rasmi Gabungan Mahasiswa universiti tersebut, mereka tidak pernah menuduh mana-mana kelompok sebagai dalang kekejaman terhadap Presiden GM tersebut.
#"Kami serahkan pada pihak berkuasa kerana kami telah membuat laporan Polis," tulis mereka lagi.
Sumber :
0 Response to "Presiden Gabungan Mahasiswa IPTA Teruk Dipukul, Ditoreh Dan Disimbah Sejenis Pewarna"
Post a Comment