 |
Sumber: themalaysianinsider.com |
#Bahaya Dan Tanda Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan|Jerebu adalah salah satu pencemaran udara yang tidak sihat disebabkan oleh beberapa akibat antaranya pembakaran besar besaran secara terbuka,asap dari kilang dan asap dari kendaraan.
#Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi.Selain mengurangkan jarak pandangan mata kasar ia juga mengakibat pencemaran udara yang tidak sihat,yang boleh menyerang siapa saja termasuk remaja orang tua paling utama kanak kanak.
#Memandangkan beberapa negeri malaysia telah di dapati udara tidak sihat akibat jerebu yang berpunca daripada pembakaran liar di sumatra indonesia,kami akan kongsikan Bahaya jerebu yang patut anda tau agar anda lebih berhati hati melakukan aktivitas dan langkah langkah yang patut anda lakukan apabila jerebu semakin teruk.
#Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.
 |
1.kadar bacaan indeks pencemaran udara.
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
#Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
- Kanak-kanak
- Orang tua
- Mereka yang mengalami penyakit
• asma • bronkitis • radang paru-paru • penyakit paru-paru yang kronik • jantung • alahan
- Perokok
- Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
#Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.
#Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
- Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
- Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
- Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
- Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
- Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
- Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.
|
0 Response to "AWAS!! Bahaya Dan Tanda Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan"
Post a Comment